Want your
own Fotopage?






 
fatimah's FotoPage

By: fatimah hashim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 27-Apr-2009 12:57 Email | Share | Bookmark
Easter Holiday 2009

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Lama betul tak rasanya tak mengemaskinikan fotopagesku ini........memandangkan winter yang membeku dah lama berlalu dan disambut pula oleh spring yang mewarnai alam semesta ini so sangatlah wajar proses hibernationku ini ditamatkan.......apa lagik sessi jalan-jalan kami untuk tahun 2009 pun bermulalah.......

Kami memang dah lama bercadang nak ke Blackpool....ialah hampir kesemua tempat di England dah dilawati so nak juga menengokkan Blackpool yang menempatkan tower yang ala-ala Eiffel Tower di England nih.......saje je mencadangkan niat kami nih dengan Dira jiran sebelah.......Dira setuju nak ikut so kamipun book Haven Holiday Cala Gran berhampiran Blakpool tapi bila tarikh nak pergi menghampiri semakin ramai family yang nak joint kami.......alhamdulilah....the more the merrier!!!So family Zul/Wan,Man/Zana,Azha/Haty n Nizam/Mazlina welcome to the group......alang dah terlanjur berjalan ramai-ramai nih so akak cadangkan kita put a day visit to Lake District dan on the way to Blakpool pulak bak kata Dira why not kita singgah jap berpicnic di Carsington Water, Peak District......dan on thwe way back to Notts pulak bagilah peluang sat kat Datuk Bandar Stoke nak lawat kawasan jajahannya pulak ......okay gak tuh!!yey semua setuju!!

Memandangkan inilah first time akak dapat bercuti secara berkumpulan yang agak besar dan menginap di caravan yang lengkap dengan peralatan memasak so excitednya tak terkira.....kamipun mulalah membuat perancangan.....apa nak masak yek? Bila dah fikir apa nak masak dah tentu next questionnya apa nak bawak dan siapa nak incharge etc..........so memandangkan hampir separuh daripada ahli rombongan bekerja ditempat yang sama so senanglah nak buat meeting.......yang kelakarnya tempat meeting amatlah canggih...... minit-minit meeting disusuli dengan email oleh setiausaha projek yang amat cekap sekali......thanks Dira......resolusinya BBQ malam pertama,steam boat malam kedua dan nasi campur malam ketiga dan tak ketinggalan menu wajib breakfast nasi lemak,meehoon goring dan dll......slurpee n yummie!!Last but not least apa lagik soping brg-brglah....mak ai penuh sarat kereta dibuatnya......bayangkanlah satu pagi gi soping barang!!!

Kami bertolak seawall jam 9.00 pagi dan berkumpul di rumah kami......malam sebelum berangkat siap marinate bahan-bahan untuk BBQ dan sempat jugak sediakan juadah potluck untuk kitaorg berpicnic di Carsington Water.......lepas fikir punya fikir akak dicide nak buat nasi dagang.....lama dah nak makan sebenarnya tapi makan reramai lagiklah syiokkan!!













Lepas picnic kitapun sambung perjalanan ke Blakpool.....hujan turun renyai-renyai disepanjang perjalanan dan kenderaanpun punyalah banyak di jalan....maklumlah Bank Holiday semua org nak gi coti-coti......kami tiba selepas 3 jam perjalanan dan hanya dapat masuk ke caravan hampir sejam kemudiannya sebab terlampaulah ramainya org yang tiba pada waktu yang sama dengan kami.......lepas masuk rasa lega dapat tempat yang agak selesa dan terus berehat dan membakar for our BBQ.....we were the host for that night.......

Our visit to Blakpool town the next day hampir dipenuhi dengan kesemua aktiviti yang ada di dalam Blakpool Tower......nak lepas gian sebenarnya......masa we all gi Eiffel Tower last year tak dapat naik sebab org punyalah ramai so kali nih we make a point mesti naik atas.......memang seronok......dapat tengok pemandangan yang menarik.......aquarium ikan dan yang paling best the circus yang ambil masa dalam 2 jam jugak tapi tak bosan langsung.......rasanya agak berbaloi jugak dengan tiket bayaran masuknya tuh lebih-labih lagik kitaorg dapat special discount for that day!! Malamnya bersteamboat di caravan Wan n the geng!!







The next day pulak is the trip to Lake District......for us this is our second trip sebab kami dah pergi sebenarnya masa gi Scortland dulu.....tapi memandangkan tempatnya yang cantik dan hajat kali nih pulak nak joint the cruise so kamipun gi jugaklah......tapi sebelum bertolak tuh sempat lagik bagi bebudak mandi manda sepuas-puasnya di swimming poolnya.......mandi sakan korang nampak!!!......ialah for us semenjak datang sini baru kali nihlah diorg dapat masuk swimming pool semasa holiday di England.....of courselah diorg nih tiap-tiap minggu ada swimming lesson kat sekolah tapi tak sama swimming masa holiday ngan family kan!! Lepas mandi-manda barulah kita bertolak dan trip kali nih disertai juga dengan family Zul/Farah......terkejut bila sampai sana punyalah ramai umat dan haru biru kami dibutnya nak carik parking ......bila dah dapat terus berpicnic dan lunch sebelum meneruskan aktiviti untuk bercruise........







Sebelum bertolak balik ke Notts paginya sempat lagik gi carboot dan melawat pekan kecil nelayan di Fleetwood dan seterusnya menyinggah di Stoke but unfortunately tak banyak sangat barang-barang yang sale di Portmeirion dan Wedgwood kali nih.......dan kesekian kalinya dalam sejarah Datuk Bandar tak nyopping sebijik pingganpun pada visit kali nih......itu sudah bagus!!Sebelum bertolak balik ke Notts dan mengakhiri percutian yang happening nih kami sempat berpicnic dulu di Wedgwood.......




Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.