Want your
own Fotopage?






 
fatimah's FotoPage

By: fatimah hashim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  >  >>]    [Archive]
Thursday, 13-Mar-2008 21:46 Email | Share | | Bookmark
London - Spring 2006

Tower Bridge
Atas Tower Bridge
 
View all 39 photos...
Selepas balik dari York kami bersiap-siap pulak seminggu lepas tuh untuk ke London....trip pertama....memandangkan ini trip pertama banyak benda yang kena prepare dan macam-macam yang nak dibawak especially makananlah....tak tahu lagik keadaannya masa di sana nanti.Kita naik train dari Nottingham ke London dan menginap di Wembley Travellodge. Bila sampai kat London maklumlah first time agak terkejut jugak tengok kesibukan kota metropolitan nih dan kami terus ambil tube ke station embankment sebelum proceed ke wembley zone 3. So jauhlah jugak perjalanannya dan kena jalan kaki pulak nak ke travellodge tuh...bab jln nih oklah jugak tapi yang tak tahannya nak mencari tempat tuh yang siksanya tambahan pulak dengan barang-barang yang banyak....merata tempat jugaklah kita bertanya sebelum sampai ke destinasi yang dituju.


Memandangkan ini trip pertama so dah tentulah temanya melawat all the landmarks kat sini......so tempat wajiblah jawabnyakan...antara tempatnya Tower Bridge (siap dapat tengok lagik bridge tuh terbuka masa kapal nak lalu bawahnya), London Eye (tak naik pun), Wesminster, Buckingham Palace(org punyalah ramai dan tak dapat tengokpun guard changing ceremony...lain kali ajelah),Trafalgar Squre(yang tengah buat refurbishment).


Selain daripada tempat-tempat nih yang memang tak boleh nak miss ialah lawatan ke beberapa muzium di sekitar London,Antara muzium yang sempat kami masuk adalah Muzium of Natural Science n History dan Royal Albert Muzium....memang berbaloi masuk muzium nih tapi yang tak tahannya muziumnya semuanya besar dan sesak nafas jugak dibuatnya utk menhabiskan satu muzium tuh tambah-tambah lagik bila banyak benda yang kita berhenti dan baca kenyataan-kenyataan yang berkaitan dengannya.


syoknye gi london Thu 13-Mar-2008 22:21
Posted by:anis  - [Link]
Add comment


Monday, 10-Mar-2008 23:20 Email | Share | | Bookmark
Bristol

Taman Bunga Bristol
Gereja lama kosong, tinggal rangka sahaja
 
View all 12 photos...
Trip ke Bristol, Bath dan Cornwall adalah pada musim panas 2007 iaitu selepas kami balik dari siri jelajah ke north England dan Scotland. Walaupun kami pergi melawat diketiga-tiga tempat nih tapi kami cuma menginap di Bristol sahaja dan trip ke Bath,Cornwall dan lands end semuanya adalah secara perjalanan harian sahaja.Bristol dijadikan tempat penginapan kami disebakan kedudukannya yang terletak di tengah-tengah antara bandar-bandar ini.


Bristol adalah bandar pelabuhan dan ditengah-tengah bandarnya juga terdapat sungai yang ada facilities for visitor utk bercruise dan lain-lain lagik. Kami banyak merakamkan gambar-gambar disekitar town dan park di dalam townnya.


kak tim...awat gambo jek....tau tau jalan cerita la .....nak tau gak thrill ke tak trip kak tim ni...
Tue 11-Mar-2008 13:08
Posted by:kak cahaya  - [Link]
saje nak bagi lagik thrill.....suspen lebih barulah ada ummph...tunggu Tue 11-Mar-2008 20:10
Posted by:kak tim
Add comment


Monday, 10-Mar-2008 23:04 Email | Share | | Bookmark
Land's end

Oop! Signboard kat tempat rehat
Unused Coast Guard Boat
Sah kat Land's end
View all 24 photos...
Walaupun agak letih kami tetap meeruskan perjalanan ke destinasi terakhir Lands End......kami decide untuk ikut jalan kampung sambil menyusuri pantai daripada st.ives....adus!! jalannya amat sempit sekali dan bila kereta bertembung dari arah yang berlainan salah satu kereta mesti berhenti utk memberikan laluan....tapi tak pa....bak kata org alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan...maka sampailah kami pada penhujung hari dan kebanyakan kedai-kedai sudah hampir ditutup.

Tapi memang sah berbaloi datang sini......scenerynya memang cantik.....


Care to comment?


Monday, 10-Mar-2008 22:58 Email | Share | | Bookmark
St Ives, Cronwall

Pemandangan dari bukit tempat 'public parking'
 
 
View all 18 photos...
Lepas balik kampung kat Eden projek, perjalanan diteruskan lagi untuk ke Lands End......disebabkan John 'O' Groat di utara dah gi so hubby kata mesti pergi gak ke Land Ends.....baru cukup syarat....ialah bang..... tapi sebelum sampai di lands end kami menyinggah dulu kat St.Ives....sebenarnya memang tak rancangpun nak gi sini ...tapi ternampak gambar dalam TV malam sebelumnya....dalam hati berkata....cantiknya pantai dia.....so hubby bukak peta dan tengok direction....disebabkan ianya terletak on the way aje ke land end we end up being here.....

Bila sampai baru tahu memang betullah apa yang kita tengok kat tv tuh.....pantainya cukup cantik....dengan airnya yang membiru....dan bandarnya pulak bertingkat-tingkat.....disebabkan kami parking kereta atas bukit teratas sekali maka memang puaslah menikmati pemandangan yang amat cantik dari atas bukit



Kami turun bukit dan jumpa pantainya....huh tak boleh citer....tengok ajelah gambar kat sini.....dan org berkelahpun memang ramai.....main redah je utk menyelitkan diri.....



Bila dah jumpa air bebudak apa lagik....




Care to comment?


Monday, 10-Mar-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Dundee

Masjid Dundee
 
 
View all 6 photos...
Selepas Inverness kami menerusakan perjalanan ke selatan Scotland dan singgah untuk bermalam dan melepaskan penat di bandar Dundee.....tapi yang tak seronoknya adalah cuacanya.....sepanjang perjalanan hinggalah sampai di Dundee hujan tak teduh-teduh....disebabkan kalau nak tunggu hujan nih tak tentu bila berhentinya...kami redah aje...jadinya bergambarpun dalam hujan-hujan gitu...apa nak buatkan...



Tapi yang seronoknya di belakang hotel kami adalah masjid Dundee.....so sejuk hati bila dapat dengar azan berkumandang ditengah-tengah pekan pada setiap kali masuknya waktu sembahyang....dah lama tak dengar situasi macam nih...


Care to comment?


Sunday, 9-Mar-2008 16:40 Email | Share | | Bookmark
Eden Project, Cornwall

Memulakan perjalanan 'balik kampong'
Green house in green house
Green House
View all 24 photos...
Kami memulakan perjalanan di awal-awal pagi lagik ke Cornwall memandang banyak tempat yang akan dilawati mengikut perancangan kami....so pitstop pertama adalah di Eden Project. Jauh jugak tempat nih dan dari Bristol ianya mengambil masa selama 3 jam jugak....Bila sampai terkejut tengok kawasan yang amat luas dipenuhi dengan greenhouse-greenhousenya mengikut cuaca sesuatu tempat tuh



....tapi yang seronok nak citer adalah green house tempat bercuaca panaslah...bila masuk tetiba je rasa macam berada kat Malaysia...mana idaknya kampung yang di pilih adalah sebuah kampung di Sarawak dan suasananya adalah sebijik kat Malaysialah....dengan rumah, motor kapcainya,basikal buruk,tempat org sidai baju belakang rumah,tempayan tempat tadahan air tok basuh kaki yang biasanya diletakkan ditepi tangga rumah kampung,pokok-pokok dan dll semuanya ada....dan cuaca pulak memang panas tapi ada gak air terjun dicelah-celah rimbunan pokok-pokok yang boleh menyegarkan suasana.....siap ada signboard tulisan melayu lagik"hati-hati ada lori balak di hadapan" maka teringat dan feeling habis kat kampung...tetiba rasa seronok tak terkata...maklumlahkan tempat lahir lagi dikenangkan......Budak-budak pulak mula action habis...tak tahan panas pulak dah...mentang-mentang dah lama duduk England dan yang paling extreme adalah si Alonglah.....siap berpeluh-peluh ....."tak tahan panas!panas Ma...betul" akak jawab dengan selamba je "Mama ok je...suka lagik"







Lepas tuh kita sedar-sedar Along dah tak de...manalah pulak pergi budak nih.....rupa-rupanya dia dah cabut lari gi luar....after that barulah kami tahu yang asmanya dah mula nak datang....dia memang kurang sesuai duduk di iklim bercuaca panas....so England amat sesuai buatnya.....alahai anak jantanku.....

Lepas tuh kita gi ke tempat-tempat yang bercuaca mediterranean pulak...ok gak tapi memang seronoklah lagik bila berada di "kg" kita sendiri kan!!


alaa...nak gi leee eden project... Mon 10-Mar-2008 21:20
Posted by:nora
dah ler nora poi yo lah ket eden projek kat kampung nun kat malaysia tuh Tue 11-Mar-2008 20:13
Posted by:kak tim
Add comment


Friday, 7-Mar-2008 16:14 Email | Share | | Bookmark
Bath

Pasar malam di Bath
High Street
 
View all 12 photos...
Sebelum ke Bristol kami terlebih dahulu pergi ke Bath...so maknanya dari Notts terus aje ke Bath then patah balik utk menginap di Bristol....so its a day trip sahajalah.....Pekan Bath sebenarnya kecik aje tapi amat padat dan cosy jugak......Sesampai aje di town centre n semasa sibuk mencari parking kami ternampak situasi sebijik macam pasar malam di Malaysia....eh dalam hati tertanya-tanya gak....ada pasar malamke kat Bath nih? so kebetulan dapat parking di tempat yang berhampiran dengannya........jadik kamipun singgah dulu kat pasar nih sebelum meneruskan tour ke destinasi utama kami Roman Bath yang terletak ditengah-tengah pekan Bath



Untuk sampai ke Roman Bath kami sempat dulu melalui jalan-jalan di highstreet dan keluar masuk kedai-kedai jugaklah untuk berwindow shopping di samping beli buku Harry Potter edisi terbaru utk Along...dan pelancung memang ramai sungguh kat sini





Bila masuk Roman Bath barulah dapat tengok betapa besarnya tempat mandi org-org Roman nih....dan baru tahu org Roman nih memang mementingkan mandi dan mat salleh pulak cannot be botheredpun pasal mandi.....so bila org-org roman tinggalkan negeri nih maka tempat mandi diorang ni pun tinggal begitu ajelah sebab tak de org yang nak gunakannya, Kami siap dibekalkan dengan alat audio utk mengetahui sejarah dan cerita di tiap tempat-tempat yang berkenaan...so agak sibuk jugaklah menekan dan meletakkkan benda nih kat telinga utk mendapatkan infor...




wahhh bestnya kak tim dah update......
Sat 8-Mar-2008 18:02
Posted by:cahaya hidupku  - [Link]
Add comment


Thursday, 6-Mar-2008 16:03 Email | Share | | Bookmark
Inverness

Ketika mula sampai di Inverness
Kawasan pantai yang berlumpur
Apa lagi, main airlah kita
View all 13 photos...
Bila sampai aje kat Inverness rasa terkejut jugak tengok bandarnya yang agak besar.....bukan apa selama nih akak membayangkan disebabkan kedudukan yang jauh maka mestilah bandarnya kecik aje....rupa-rupanya silap tekaanku!! Bandarnya dikelilingi oleh laut n jambatannyapun agak baru,moden dan cantik.




Kami terus pi ronda-ronda bandar dan meninjau tempat-tempat yang menarik disekitar Invernnes dan anak-anak paling suka dapat main air



Kami juga ambil peluang pergi melawat tempat yang boleh tegok dolphin keluar bermain-main di laut tetapi malangnya pada masa itu tak nampak satu ekor dolphinpun da!! Town centrenyapun agak menarik jugak...guess what? mama sempat masuk di beberapa kedai charitynya.....oklah jugak....dapatlah jugak beberapa barang yang boleh dibawa balik ke Notts buat kenangan.

wahh kak tim..lamenyer mengeram~ cam ni baru besttt.. wah memang suka update cara pukal aper? ni mana citer dia ..gambar jer ni...? Thu 6-Mar-2008 23:12
Posted by: eija  - [Link]
Add comment


Thursday, 6-Mar-2008 15:30 Email | Share | | Bookmark
Fort Agustus

 
 
 
View all 10 photos...
Perjalanan di sepanjang Loch Ness diteruskan lagi selepas berhenti menikmati pemandangan di uruquate castle....walaupun dengan jalannnya yang sempit dan berliku hubby tetap nak gi jugak hingga ke penghujungnya.....dan akhirnya kami sampai di Fort Augustus sebuah pekan kecil tetapi amat menarik dan very-very cosy di mata kami....





Semasa berjalan dan posing-posing kami ternampak kedai fish n chip dan tetiba je perut terasa lapar dan barulah kami sedar yang walaupun hari masih siang tetapi telah tiba waktu dinner sebenarnya.......so apa lagi kami pun mengabadikan kenangan dengan menjamu selera di tengah-tengah bandar nih....alangkah enaknya menikmati fish n chip yang begitu segar.....


Care to comment?


Thursday, 6-Mar-2008 15:23 Email | Share | | Bookmark
Loch Ness

Loch Ness centre
Monster Loch Ness
 
View all 15 photos...
Sebaik saje sampai di Innvernness, lunch dan check in di hotel maka kamipun memulakan agenda mencari 'loch ness monster' itu....ada ke atau ianya hanyalah lagenda dan rekaan semata-mata...kami menyusuri sepanjang tasik 'loch' tersebut dan dapat melihat pemandangan yang amat menarik....tetapi agak sedih gak perjalanan iini sambil ditemani dengan hujan yang berderaianlah pulak so ianya banyak menjejaskan aktiviti foto shooting kami...namun pemandangan tetap maintain ...cantik...kita pergi sampai ke loch ness centre dan kat sana barulah berjumpa dengan loch ness monsternya.....tapi replikanya daa!!



Then we decided to continue further sebab nak tengok pulak Uruguate Castle yang terletak di tepi Loch Ness....tapi hampa bila sampai castle nih dah ditutup...namun kita masih lagik dapat merakamkan gambar-gambar yang dapat diambil dari atas tempat viewing.....Castle terletak di bawah bukit dan tempat viewing pulak terletak di atasnya....maka taklah kami balik dengan kehampaan






Care to comment?


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.