Want your
own Fotopage?






 
fatimah's FotoPage

By: fatimah hashim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  >  >>]    [Archive]
Friday, 28-Mar-2008 12:03 Email | Share | | Bookmark
Farewell Dinner for Dr.Zul S n Kamaluddin (27.3.2008)

meja belum penuh lagik
dah habis separuh makan
tengah rancak berbual
View all 6 photos...
Last night we decided to hold farewell dinner for Zul S n my neighbour Kamaluddin since they are going back to Malaysia...opps my hubbypun nak balik jugak... lagik dulu dari diorangpun.... dan tak lupa gak untuk emak Elma yang dah lama datang dan dah nak balik Malaysia jugak....so temanya adalah dinnner utk org-org yang akan balik Malaysia....siap tema tuh...jgn marah!!!



Ok nak tahu akak masak apa?lontong,buttered chicken, sup kambing dan dessert nya pulak sardines puff dan kuih lapis serikaya....elma n the geng dengan bermurah hatinya telah membawa buah tangan peach n strawberry crumble....huh yummy,yummy




Care to comment?


Tuesday, 25-Mar-2008 19:59 Email | Share | | Bookmark
South Wales - Cardiff & Swansea(23-25 March 2008)

Cardiff Bay
 
 
View all 91 photos...
Trip ke South Wales sebenarnya adalah sambungan daripada siri jelajah Wales yang telah dimulakan pada tahun lepas semasa kami melawat North Wales di Snowdonia....so nak gak tengok sama ke idak North Wales ngan South Wales nih....sementara cuti akak masih ada lagik, bebudak dalam cuti sekolah dan sebelum hubby berangkat balik ke Malaysia buat kali keduanya maka kitapun bertolaklah untuk memulakan perjalanan ke Cardiff then ke Swansea. Sebenarnya jalan yang kita nak ikut nih dah pernah lalupun masa kita gi Bristol n Bath dulu cuma sebelum sampai Bristol kena buat lencongan ke Cardiff dan melalui jambatan kedua Seven Bridge untuk sampai ke sempadan South Wales dan kenalah pulak membayar tol...hah itulah perbezaan pertama antara Wales dan England. Kat England rasa-rasanya tak pernah kena bayar tol except masa kitaorg melalui tunnel di Brikenhead,Liverpool dulu.... itupun jalan tuhpun akan pergi ke Wales gak gamaknya.

Sampai aje di Cardiff agenda pertama seperti biasalahkan mencarik travellodge......banyak tawaf jugaklah terpaksa di buat....dan kena berhenti jugak tepi jalan baca peta semula walaupun akak rasa hubby dah sibuk buat revision malamnya....lepas check in n have a lunch kita berangkat memulakan tour.....misi pertama ialah ke Cardiff Bay....ialah org sini selalu kata"Cardiff tak de apa Cardiff Bay adalah" so nak tengok betul ke idak ya....perjalanan agak mudah cuma sekali pusing aje dan patah balik bila terlepas simpang dan dekat aje sebenarnya dari hotel kita.....hajat hati nak naik bot tak kesampaian sebab dah pukul lima dan servicepun dah habis so kami habiskan masa dengan bergambar di sekeliling bay tersebut.Bay tuh taklah besar manapun dan nampak ianya agak baru jugaklah beroperasi manakala bangunan-bangunan di sekitarnya pulak memang banyak yang baru dan moden-moden belaka.





Next kita jalan gi town centre pulak.....cuaca amatlah sejuk dan kitapun bergambar ....tengah bergambar nampak pulak org Malaysia tengah bergambar so kita berhenti dan menyembang pulak sebelum kaki dan tangan kaku.....diorg nih dari Shefield datang bercuti gak kat sini dan menumpang rumah kawan yang duduk kat Cardiff nih.... lepas menyembang we make a move dan balik hotel untuk berehat.

Next daynya kami check out seawal jam 9.30 pagi dan terus pergi ke town centre again untuk melawat National Museum of Wales dan masa sampai dah ramai jugak org kat sini dan bus tourpun sama sampai ngan kami rupanya...masuk museum dan tengok proses macammana Wales terbentuk...rupa-rupanya bukit-bukitnya terjadi daripada gunung berapi...oh no wonderlah Wales nih berbatu dan banyak bukit ya...barulah ku tahu....selain tuh ada terdapat banyak potteries dan cina wares dalam muzium nih dan akak amatlah kagum dengan kehebatan hasiltangan Wales potteries....ianya agak unik dan berbeza dengan potteries di England.....lepas tuh gi melawat sekitar Cardiff Castle (tak masukpun....rasa-rasanya sama je macam lain-lain castle...buat kesimpulan sendiri..) dan ternampaklah pulah kedai rugby...so masuk dalam gak dan beli sarung tangan untuk Along sebelum kita bertolak ke Swansea.







Perjalanan dari Cardiff ke Swansea cuma mengambil masa dalam 45 minit aje tapi yang buat kami lambat sampai tu bukannya ape masa dalam perjalanan mama ternampak signboard "Designer Outlet" kat Bridgen maka hubbyku terpaksa akurlah jawabnya.....bila masuk baru tahu ini adalah the biggest designer outlet di Wales...dahsyat tuh....memang besak dan orgpun memanglah ramai maklumlah hari nih Easter holidaylah kan....ape lagik shopping sakan gak....kasut Clark untuk Adik n Kak Ngah, seluar rugby untuk Along....rugby lagik....n me? of courselah ada....pinggan Johnson Bros beli kat kedai Royal Doulton hadiah dari hubby sebelum balik Malaysia...okaylah tuhkan....last but not least coklat cadbury untuk semua



Lepas shopping kita sambung perjalanan ke Swansea.....bila sampai terus je pergi ke Swansea Waterfront untuk melawat National Waterfront Museum...budak-budak seronok gak sebab kat dalam nih banyak interactive utk diorang...mama n ayah pulak seronok baca bibliography org-org terkenal dari Wales ....tapi yang mama kenal sorang je...Laura Ashley...baru ku tahu rupanya dia datang dari Cardiff....no wonder nampak org-org Wales macam kaya-kaya je...outlet Sainsburypun banyak berbanding Asda.....




Lepas tuh kita pergi melawat Swansea Marina pulak dan nampak berderetan bot-bot mewah diorang....tengok gak tempat bot-bot yang bakal dijual...mewah tuh....kan akak dah kata diorang nih kaya-raya....







lepas tuh hari pun macam nak hujan....sebab budak-budak dah sakit kaki jalan dan hubby dah kejang kaki gak....lengoh driving sorang-sorang maka kitapun bertolak ke travellodge untuk beradu....to save energy for the next day programme.

Citer pasal trip esoknya....memang tak dirancang...terjumpa pamplet kat Cardiff tentangnya.....oh ada Jurassic Park rupanya kat Wales nih.....bila sebut pasal Dinosour aje bebudak tiba-tiba aje excited giler especially Along yang sedari keciknya seawal usianya 2 tahun dah kenal sangat dengan benda alah nih siap hafal nama-namanya sekali.....so mulalah merengit nak gi....masa nilah bagi diorang tak seronoknya gi muzium....ok ikutkan aje......give them chance...so trip kami seterusnya adalah ke National Showcase Centre for Wales which was voted the best showcase in Briton dan dah banyak dapat award....so siapa ada anak-anak kecik dan pergi ke South Wales...memang berbaloi gi sini...tak tipu...gilah baru tahu...ada apa kat dalam?



Macam-macam ada...terdapat tiga gua....kat Malaysiapun akak tak pernah masuk gua....dan yang paling excitingnya untuk budak-budaklah....terdapat berpuluh-puluh replika dinosour mengikut actual saiz.....besar betul benda nih....baru tahu yang dinosour nih otak dia kecik giler walaupun badan gedabak besar manakala kepalanya rata-ratanya adalah kecik......saiz kakinya mak ai besar betul agak-agak berkali-kali ganda dari kaki manusia...tak caya?cuba tengok kat gambar kat sini ye.....





Lepas tuh habislah citer pasal dinosour dan South Wales....selepas menghabiskan masa hampir 3 jam kat sini perutpun dah lapar....have our lunch dan bertolak balik ke Notts dalam perjalanan yang memakan masa hampir 5 jam lamanya.

Kak Tim...tak duduk rumah langsung nampaknye cuti easter nih...best nyeee... Wed 26-Mar-2008 21:09
Posted by:nora
alah nora...sekarang gi jalanlah lepas nih kena tinggal lak..hu..hu Thu 27-Mar-2008 10:34
Posted by:kak tim
seronok tgk gambar n cara kak tim bercerita dlm fp ni...ni yang rasa tak sabar nak gie jln2 gak.. Thu 27-Mar-2008 10:37
Posted by:mama 2D  - [Link]
Add comment


Friday, 21-Mar-2008 14:03 Email | Share | | Bookmark
Sunderland - Summer 2007

A building near the Travelodge Sunderland Central
National Glass Museum is run by Sunderland University
 
View all 7 photos...


Sunderland adalah persinggahan terakhir kami semasa siri jelajah Scotland....kenapa yek Sunderland....citernya begini...memang saje tak nak balik terus daripada Edinburgh sebab takut keletihan dan nak carilah tempat boleh bermalam dulu....sebab Newcastle dah pergi dan kat sini dengar citernya ada kilang Pyrex maka kitapun mintaklah ngan hubby nak singgah sini...hubby no problem aje....bila sampai aje dah ternampak dah kilang tuh kat tepi roundabout....seronok tak terkata...dalam hati tunggu besok..pagi-pagi aku akan gi melawat....so masuk travellodge tok rehat dan tidur dulu menunggu besoknya.

Esoknya tibalah hari yang dinanti.....walaupun dah nampak kilangnya semalam tapi berpusing-pusing jugak carik jalan masuknya...akhirnya jumpa gak.....tapi citer sedihlah pulak bila kami diberitahu yang jualan hanya dibuat pada hari Sabtu sahaja dan hari itu adalah hari Khamis aduhai......padanlah muka akak.....tak buat homework lagik....nak tunggu pulak rasanya tak berbaloi....so apa lagik kamipun melangkah balik dengan longlainya....dan dalam hati dah terasa-terasa yang this will be the first and the last trip ku ke sini....so kalau nak beli pyrex carik ajelah kat kedai-kedai di Notts tuh jawabnya.Sebelum bertolak balik kita sempat singgah kat National Glass Museum yang letaknya di tepi port dan anak-anak tak lepaskan peluang bermain interactive di sini.....ok jugaklah trip nih....

Care to comment?


Friday, 21-Mar-2008 11:49 Email | Share | | Bookmark
Happy 5th Birthday, Alya!(12 August 2007)

Terima kasih Damia
Bila nak hembus lilin ni ma
 
View all 6 photos...
Sebenarnya birthday ke5 Alya adalah pada masa kami berada di bumi Innvernness...so tak delah upacara memotong kek...so dia nak jugak kita adakan party....mamapun buatkan jugaklah party tuh pada hari Sabtu yang mana kita baru je sampai dari Sunderland pada hari Khamisnya. So it happen rupa-rupanya tak ramai kawan-kawan Alya yang ada kat Notts masa tuh....kebanyakannya gi holiday lagik....tak pa lah kan ....family untie Ina dan untie Sha ada so Damia n Adila boleh tolong nyanyikan lagu birthday untuk Alya....n thanks you for the present . Alya terima hadiah beg daripada Damia dan Adila jugak....

Mama sempat buat kek dan letak icing yang simple aje... ayam goreng kentucky pun ada jugak serta rojak untuk tetamu menjamu selera.

Care to comment?


Wednesday, 19-Mar-2008 13:04 Email | Share | | Bookmark
London-16 hingga 19 March 2008

Dalam Feri Thames Clippers dari Embarkment Pier to Greenwich
Senyuman manis Kak Ngah, seronok agaknya
London Eye
View all 85 photos...
Pergi London lagik?Itulah ungkapan yang kedengaran apabila diberitahu yang kami akan ke London bercuti...can't blame them...masuk kali nih dah empat trip kita ke London...tapi my hubby masih ajak ke sana...katanya banyak lagik tempat-tempat yang belum dilawati.....so sebab selalunya gi naik train so kali nih kita cuba bawak kereta pulak...cadangnya nak cuba masuk London ngan kerete ...that why saje pilih hari Ahad dah boleh elakkan congestion fees so savelah sikit n siang-siang lagik dah prepare pinjam tom-tom Zul maka kamipun berangkat....


Memang dah daulat sitom-tom tuh agaknya....mana tidaknya selama nih berjalan tak pernah pakai maklumlah tak adapun...so kali nih..jam kat MI teruk giler.....hampir separuh highway ditutup so kenalah pulak ikut jalan alternative dengan kereta yang dah berderet-deret....lepas berjaya masuk semula highway baru nak rasa lega sikit dan dah tak berapa jauh lagik nak sampai Wembley Travellodge tetiba semua kereta berhenti terus tak boleh jalan ......gamaknya ada accident agaknya sebab polis dan ambulance berkejar-kejar datang....ingatkan kejap rupa-rupanya hampir 2 jam lebih kami menunggu ....anak-anak dah boring habis...sampai sebut nak balik semula ke Notts...adik pulak tak habis-habis dengan ungkapan keramatnya "today is a bad day" dan kami telah diarahkan oleh polis untuk pusing semula dan mulalah terkial-kial mencari jalan...dahlah bukan kg kitakan....nasib baik sitom-tom memainkan peranan yang baik...akhirnya sampai jugak selepas megharungi perjalanan selama 7 jam ke kota metropolitam London...bayangkan perjalanan yang sepatutnya dalam 2 jam setengah jadik 7 jam.....giler tak? So bila sampai haripun dah hampir malam mana nak masuk London lagik....tidur jelah....tunggu esok je


Esoknya kamipun bertolak naik tube ke Embankment Pier untuk menaiki thames cruise ke Greenwitch....tempat nih mesti pergi sebelum balik Malaysia....sebabnya kat sinilah tempat meredien line for 0 time zone yang dinamakan Royal Observatory....ada gak maritime muzium dan Queen House...tempatnya agak jauh dari London dan tempat line tuh kat atas bukit pulak...dan hari nih la pulak cuaca sejuk ....mula-mula tengok bukit rasa tak larat nak pergi tapi memandangkan dah jalan begini punya jauh we all gagahkan jugak...bila dah sampai memang seronok......siap ada planeterium lagik kat atas sana....Alonglah yang paling seronok...dan pemandangan kat sini memang cantik....hampir seluruh kota London boleh nampak dari sini


Dari sini kita bercadang nak pergi makan kat MSD tapi terjumpalah pulak nasi beriyani halal kat tube station Embankment the Snax so apa lagik beli dan carik tempat duduk makan masa panas-panas...tengah lapar apa lagi...ngap...lepas tuh kita buat revisited ke Trafalgar Squre sebab masa pergi yang pertama kali dulu ianya tengah buat refurbishment.....so kali nih dah siap tapi org punyalah ramai.....dan lepas tuh terus gi masuk kat National Art Gallery jamu mata jap dengan painting yang amat cantik dan menarik....sebelum bertolak balik ke travellodge


Hari kedua trip pertama ke Harrod...tell you the truth walaupun dah 4 kali ke London kali nih baru dapat masuk...selalunya nampak dan lampai jelah...tempat lain lagik penting...so kali nih we make a point kalau tak nak miss Harrod mesti pergi awal-awal lagik...kalau tak bila bebudak dah penat tak merasalah mama masuk Harrod...mana boleh jadikkan...maka masuklah kami dan asalnya nak beli old country roses 3 tiers kononnya ada 50% discount tapi rupa-rupanya tak de... apasallah pulak mamat kat Harrod ni pun boleh buat silap... buat malu aje....tapi memangpun dia malu habis sebab silap bagi infor...tulah bukan salah akak sebab tak beli kan...akak nak beli....tapi sapa suruh buat silap...kononnyalah....so at last beli beg Harrod aje jadiklah....


Lepas Harrod kita bercadang gi zoo london....lepas sampai baru tahu yang rate untuk summer dah berkuatkuasa....jauhlah pulak larinya daripada rate winter....so lepas kira punya kira memang terlalu melampau rate tuh..... tak mampulah pulak gamaknya so lepas bagi penerangan pada anak-anak dan lepas diorang faham kita make a move lepas ambik gambor depan zoo...apa nak buat kan...terima je lah...


So to compensate them kita bawak diorang gi makan kat MSD niat yang tertangguh sejak semalam...apa lagi nak order apa cik?nasi campur ikan keli berlado beb!!sedap tuh...siap tanya mana you all dapat ikan keli nih....tak tahu kak tanya bos jawab budak tuh...hampir semua menu kami cuba...roti canai utk adik, satay utk kak ngah dan pasembur utk along....dan air milo ais....huh barulah rasa makan macam kat Malaysia.....tapi GBP30ku melayang...tak pelah sekali dalam masa dua tahunkan!!!


We wanted to go to Nottinghill tapi berehat sebentar kat Kesington Garden dulu... sempat biar budak-budak main dengan itik dan swan ...seronok jugak tapi sejuk sampai ke tulamg hitam....so bila sampai kat Nottinghill gate dan carik Portabello Market tak jumpa kamipun rehat-rehat jap sebelum ambik tube untuk bertolak balik ke Wembley sebab haripun dah hampir malam


Citer balik ke Wembley nih lagik sedap.....lagik 2 station nak sampai kami terpaksa turun tube sebab jalan ditutup....so bayangkan kena carik alternatives transport lain untuk sampai ke destinasi dan terpaksa pulak bersesak-sesak dengan org yang balik kerja di tempat mereka sendiri...kitakan lain kampung...adui mana pulak nak cari jalan...bas mana pulak yang nak dinaik....ooo taubat aku gi london nih.....so kami pun naiklah jugak bus yang gi Wembley Central....rupa-rupanya mat/minah salleh nih sama je macam kat Malaysia bila kena macam nih....berebut habis naik bus....kita pulak naik dalam keadaan tak tahu bus stop mana nak turun....redah ajelah....nasib baik ternampak jalan nak ke travellodge...terus picit loceng dan turun...


Lega bila sampai kat hotel....siap berkemas sebab kena balik subuh -subuh lagik....sebabnya Along ada kelas tambahan jam 9 pagi...masa book dulu tak tahu pulak yang dia ada kelas nih....so of course we have got to make some sacrifice for his sake kan...So we all bertolak jam 5.30 pagi the next morning dan alhamdulilallah we reached on time for his extra class dan perjalanan cukup baik walaupun agak banyak lori di jalan.....tapi yes we make it....the journey just took us 21/2 hours to reach Notts....what a relief....bak kata adik "it nice to be at home" and I replied "home sweet home"


Care to comment?


Wednesday, 19-Mar-2008 09:59 Email | Share | | Bookmark
Aina's Trip to Chateau, France - 29 Feb- 3 March 2008

With My Best Friend,Arysha
Our Hostel
Traditional France Shop
View all 24 photos...
Our school trip is visiting to Chateau,France to learn more about the france culture,history and their language.I woke up,have a bath,breakfast and ready to go! My mum packed me some lunch which is cheeseburger,crisps,wafer,choclate,juice,water and tea. I said goodbye to my sister and brother and leave the house.I met all my friends and we ready to got to the bus! We have put in group and i'm in Mr Isherwood group.So,we set off with our suitcase and our belonging and went on the coach.It was along journey but we still have some fun.We played games,watched movie and all sorts of fun stuff! First,we went to the euro tunnel centre to check our pasport and then the coach went to the big train and we went through the tunnel. After we arrive at France,we head to Chateau,which is our hostel.We finally arrive at Chateau!!!!! The whole journey took us 9 and half hours!!!!!!!!! We take our belonging to our room,tour the chateau,change to our P.E kit,circus,dinner,sports night and sleep.



The next morning,we woke up 6 am,have a shower,breakfast,and we set off to a town near seaside called Dieppe.We talked about the history of the town,went to a market,talked about the Dieppe cathedral and we have our lunch at the beautiful Dieppe seaside.It was very windy,but we still manage to eat our lunch calm and quickly. After we had our yummy lunch,we play lots and lots of games at the seaside and we sing a little song called The Beava Song!! We also do the action!! It was fun and we have a very lovely time at Dieppe!From the market,I brought purse for my mum and bubble gum for ME! We went back at the coach,do some worksheet and we head back to Chateau.Went back to our room,relax,went back at the coach.The next place that we visited is cheese farm. We talked about cheese with this french lady and we saw the french lady making her very homemade cheese and we also get to taste it. It was a very creamy cheese and it was lovely.After that,we went back at Chateau,back at our room,changed to our P.E kit,doing archery,dinner and Scrap Heap Challenge!! We have to play games first to get point and then we have to make something to protect our egg when it fall down! We had 6 points so we get 6 scrap.OUR TEAM WON!!!!! After a very tired day we went to sleep.


The next day,we get up at 7 am,shower,breakfast and went at a very historic town with lots of gothic cathedral called Rouen. We went straight at the Rouen market and I brought a princess toy for my little sister and a watch for my dad.It was a very very busy market, but we still manage not to get lost very easily. We went to a cathedral to eat our lunch. After that,we went to the toilet and we visited lots and lots and lots of cathedral. We talked about the history of Rouen and how the houses look like at Rouen.It turn out that houses at Rouen are the bottom room are small,but once it get higher it will get more bigger room!!!! We to the barnyard and then went to other cathedral and another one and other one!! We went back to the coach and do worksheet and head back to Chateau. Back at our room and we having makeover and doing our nails to get reday for disco!!! Changed P.E kits,fencing back to our room to get changed to our disco clothes,dinner and IT'S PARTY TIME!!!!!!!! We danced and danced and then we have a drink and we are very very sad because tommorow WE ARE GOING BACK!!!!! Back at our room and went to sleep.



The next day,we woke up,breakfast,head back to our room to get our suitcase,at the coach and we heading to a hypermarket called Auchan. We have a very fun time and I brought a Bonicle for my brother,marble for me,crisps at the journey and more bubble gum FOR ME,MY SISTER AND MY BROTHER!!!!! Head back at the coach,went to biggest sealife centre in Europe!!!! We saw lots and lots of creature!!! Fish,crocodile,and a lot more!!!!! We have a very fun time!!!!!!! I brought a postcards at the giftshops and then we head back to the coach.It was a very very long journey to Nottingham and again we still have fun!!! We back at the euro tunnel centre to check our centre,journey to Nottingham and we back at school and I'm back at my home and i was very very tired so i sleep. On the whole, it was a very very good trip and i have a lot of fun!! I wish i could go again!!!!!!




nice achitecture..

update pernikahan Ratu Susuk Dynas...

'lensa merakam gambar berseri'
'buat memori kekal abadi'
http://anjungmemori.fotopages.com
Wed 19-Mar-2008 10:50
Posted by:napie anjungmemori@yahoo.com.my  - [Link]
WOW!!! I wish I can go to France!!!! Mon 7-Apr-2008 18:31
Posted by:Adani adani_hidayah@yahoo.co.uk
Add comment


Friday, 14-Mar-2008 23:41 Email | Share | | Bookmark
Birmingham

di playground cadbury world
masih di play ground
berhenti main jap nak posing
View all 41 photos...
Trip nih as I mentioned in my previous entry adalah pada masa Easter holiday 2007 dan we all pergi ngan keluarga Sha....ialah org lain boleh gi bercuti with the entire family tapi kami berdua nih tak da hubby kat sini....desperate housewifelah kononnya...Before the trip memanglah kena buat banyak perancangan....survey dan book travellodge..then book train tiket n entry pass ke 3 destinasi utama di sana i.e Cadbury World,Imex Cinema dan Seaworld ...pas tuh kena fikir apa nak masak dan apa bawak dll...first time semuanya kena buat sendiri....selalunya hubby yang buat...elok jugak sesekali kena tinggal nih...pandai pulaklah menguruskannya.


Cabaran bermula bila kita sampai di Birm sebab kena carik kat mana travellodge ni....sebab tak tahu kita end up ikut jalan jauh...lenguh gak kaki berjalan...kesian jugak kat budak-budak yang dah merengit kepenatan...apa nak buat...bila sampai pulak... masa dah agak suntuk nak ke Imex cinema...so we decided to have a quick lunch then ambik teksi ke sana....yes we all sampai just on time.....utk lawatan dan jugak tengok 3D movie science fiksen "Rowing Mars"....seronok gak dan budak-budak really enjoy it...guess what?kitaorang terserempak ngan family Yasmin kat sana dan sempat lagik bergambar bersama-sama....what a small world


The next day pagi-pagi lagi kita dah bertolak gi Cadbury World dengan menaiki train dan turun kat Boureville station....org punyalah ramai tapi nasib baik kita dah book tiket siang-siang....bila kat sini memang puaslah dijamu ngan coklat cadbury yang lazat tuh dan most important things that we learned here adalah barulah ku tahu kenapalah dalam logo cadbury ada 2 gelas setengah tuangan susu di buat semuanya relate to history sebenornya...so kalau nak tahu citer kenalah gi sendiri kat sana.Selain daripada tahu pasal history kita dapat tengok proses pembikinan coklat dll dan bebudak puas main kat playground selain daripada dapat joint their art workshop.....last but not least bila nak balik dalam kedai cadbury tuh terserempak lagik ngan Min...


Our next stop on that day ialah Seaworld...puas jugak kami mencarinya baru jumpa...bila tiba je bebudaklah yang paling seronok ...mana idaknya dapat Easter eggs coklat...coklat lagik...ooo kan hari nih Easter...so layan jelah....banyak jugak ikan dan lain-lain yang sewaktu dengannya kat sini...so budak-budak memang puas sesangat main dan tengok hidupan laut nih....lepas tuh kami duduk layan bebudak main kat playground sampailah ianya ditutup sebabnya tempat nih agak hampir dengan travellodge kitaorg......sebelum balik we all take a walk kat tepi sungai yang berhampiran...


Hari terakhir di sini...adalah aktiviti bebas....so we decided to check out awal so bolehlah ronda-ronda kat pekan Birm.....so masuk town dan beberapa muzium di sekitarnya sebelum bertolak balik ke Notts....tapi memang Birm happening habis kat budak-budak.....sampai sekarang punyalah banyak tempat mak bapak bawak pergi....Cadbury World jugak yang paling seronok bagi diorang nih..tahu jelahkan.....tempat makan coklat free lagi dikenang......


cantiknye......mesti sronok kan...dpt jalan2

++ LOOKING FOR FRESH AND EXCLUSIVE DESIGNS FOR SUTERA
DO VISIT http://tganuboutique.fotopages.com EXCLUSIVELY FROM TERENGGANU...++

Sat 15-Mar-2008 02:22
Posted by:~Tganu Boutique~  - [Link]
Add comment


Thursday, 13-Mar-2008 23:34 Email | Share | | Bookmark
Snowdonia

Baru sampai di North Wales
Menai Bridge
Angelesey
View all 24 photos...
Trip ke Snowdonia adalah pada musim panas 2007 iaitu sekitar bulan August.Disebabkan tak pernah lagik gi Wales so kita ambil keputusan untuk melawat ke bandar Bangor di North Wales selama dua malam.Perjalanan memakan masa yng agak lama jugak hampir-hampir 3 jam jugalah...tapi memang berbaloi sangat. Bila masuk aje Wales terkedu kejap tengok betapa lainnya scenery berbanding England...bandar yang berbukit dan pantai yang cantik di bawahnya.....anak-anak pulak rasa nak terjun kat dalam air tuh....punyalah geram sebab dah lama tak dapat mandi laut. Bandar Bangor nih sebenarnya kecik aje.....sepetang kami round dan pusing dah habis cover semua....yang lainya kami lebih banyak mnikmati pemandangn yang amat cantik kat sini.


Second day banyak dihabiskan dengan melawat hutan di Snowdonia...kami pergi hngga ke puncak tertinggi dan berhenti di tempat tourist di mana terdapat deretan kedai-kedai dll tapi untuk smpai ke sini memanglah mencabar sebab jalan yag amat sempit namun pemandangannya amat menarik sekali....tapi tak pernah jumpa kat tempat lain sebeum nih so apa lagi berambar sakanlah kitaorang sekeluarga.


Care to comment?


Thursday, 13-Mar-2008 23:28 Email | Share | | Bookmark
York

Castle Wall of York
 
 
View all 52 photos...
Trip ke York adalah semasa Spring 2006 dan merupakan trip pertama selepas kami sampai dari Malaysia. York merupakan destinasi pertama kami memandangkan my sister in law fauziah study kat sini so kita duduk kat hostel dia aje sepanjang berada di sini manakala my hubby n my son pulak tumpang tidur kat rumah kawan lelaki fauziah yang jaraknya dekat aje dari hostel fauziah. Masa sampai berpusing-pusing jugak mencarik university york nih sampailah my hubby give up dan terus call adik dia untuk jemput kitaorg....rupa-rupanya dah dekat dah pun cuma malas aje nak berpusing-pusing lagik.Bila fauziah sampai kita terus tak buang masa terus je melawat sekitar castle wall of york dan tengok pemandangan kota york.Lepas makan dan rehat jap petangnya kita gi melawat university of york pulak.


Esoknya pulak kita gi jalan-jalan disekitar town York....townnya memang cantik..lebih kurang ala-ala pekan Melaka gitu...very historical...kita gi melawat Clifford Tower tapi tak masuk dalamnyapun dan seterusnya ke Cruise Terminal.Lepas tuh apalagi ke destinasi utama mama iaitu York Designer Outlet...first time pergi Designer Outlet kat UK nih....seronok sakan...manakala bagi Fauziah pulak macam biasa aje..maklumlah dekat sangat dari asrama dia...no wonderlah sejak duduk Uk nih dah pandai pakai barangan berjenama saje gamaknya...good for her...


Sebelum bertolak balik ke Notts keesokan harinya kami singgah dulu ke National Railway Muzium yang bersebelahan dengan York Eye.

Care to comment?


Thursday, 13-Mar-2008 23:16 Email | Share | | Bookmark
Rumah Saya

360, Berridge Road
 
 
View all 8 photos...
Kami sekeluarga sampai kat England tepat-tepat pada Ihb Januari 2006....lepas mendarat kat Manchester Airport dan dijemput oleh kawan my sister in law Mazrah dan bermalam di rumahnya kat Loughbrour kamipun bertolak ke Notts dan duduk di rumah Abg Kamaluddin dan Kak Safiah yang letaknya bersebelahan dengan rumah kami.Alhamdulilah lega rasanya dapat rumah yang bersebelahan dengan rumah host kami dan rumah itupun baru selesai dibuat renovation. Selepas mengucapkan terimakasih yang tak terhingga buat host.... kamipun berpindah dalam keadaan tahu yang boiler rumah ini masih belum dpt berfungsi sepenuhnya dan cuaca pulak masa itu dalam winter yang amat membeku dan rumah ni pulak kosong betul-betul tanpa sebarang perabut dan yang ada cumalah cooker dan washer yang dalam keadaan amat buruk dan uzur....tapi tak apa....apa-apapun sanggup diharungi demi pengorbanan pada hubby tercinta dan tak mungkin akak akan berpatah balik ke pangkal jalan.

Sebut pasal pengorbanan dan hijrah ianya sangat-sangatlah menyentuh hatiku.....bukan senang nak berhijrah dan mengikut hubbyku ke sini dalam keadaan diri,kerjaya dan keluarga yang telah berada di dalam keadaan yang amat-amat selesa dan dalam masa yang sama terpaksa bertarung dengan perasaan hiba dan sayu yang teramat sangat kerana terpaksa meninggalkan emak yang dalam keadaan terlantar sakit yang mana selama ini di bawah jagaanku sepenuhnya.Demi sebuah kejayaan di masa depan dan anak-anak yang masih jauh lagi perjalanan hidupnya...... semuanya ku sangkal dan kesenangan yang selama ini dinikmati di tanah airku kulemparkan jauh-jauh agar dapat aku memulakan satu kehidupan yang baru penuh bermakna di bumi asing ini.Dan jauh di sudut hatiku di rumah inilah akan ku bina syurga buat diriku,suami dan anak-anak tercinta.Tak lupa juga kupanjatkan doa agar kehidupanku di hari-hari mendatang akan dipenuhi dengan limpahan berkat dan rahmat dari ilahi,serta kasih sayang yang melimpah ruah.

Satu perkara yang amat pasti adalah di rumah inilah tempat aku mendapatkan apa yang aku sering gagal mendapatkannya di Malaysia....masa berharga sentiasa dapat bersama anak-anak dan hubby.....menyediakan makanan kegemaran mereka,menghantarkan mereka ke sekolah walaupun jaraknya hanya beberapa tapak aje dari rumah ini,meraikan hari-hari istimewa dengan masakan dari air tangan sendiri,mengajarkan mereka mengaji iqra dan alquran to name a few dan lain-lain lagi.Biarlah rumah ini sempit dan tak sebesar rumah di Malaysia dan dapurnya yang hanya sekangkang kera itu tapi hati ini amat puas dan rasa-rasanya tidak pernah wujud kekesalan di hati ini atas pengorbanan dan penghijrahan ini..moga kebahagian akan terus berkekalan buat selama-lamanya.

Ooo itukah rumah awak? Akak ke atau anak akak yg masukkan entry ni? Fri 14-Mar-2008 15:50
Posted by:nora
ya nora itulah syurgaku di uk nih....entry ni bukan anak akak yang masukkan tapi.....bapak pada anak.....kandakulah Sat 15-Mar-2008 11:40
Posted by:kak tim
Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.