|
|
| Monday, 25-Aug-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Innsbruck, Austria
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 25-Aug-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Fussen, Germany
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 25-Aug-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Frankfurt
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 25-Aug-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Journey to Germany, Cologne (28/8/2008)
|
|
Kita meninggalkan camp site hampir jam 10 pagi menuju ke German hari nih.....tapi sebelum bertolak Mr Udo (our driver yang juga berasal dari negeri German) telah menjanjikan satu surprise buat kami.....tertanya-tanya gak apakah surprise itu!! Lepas berhenti dan had our lunch (nasi goreng) dan sambung semula journey barulah akhirnya berjumpa dengan surprise itu!!!
Rupa-rupanya kami dibawa ke bandar Cologne.....ini tak ada dalam itenery asal.......dan di bawa melawat ke Chethedral yang begitu besar dan bersejarah....
|
|
|
|
|
|
| Monday, 25-Aug-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Amsterdam City Centre
|
|
Destinasi terakhir di hari kedua tour adalah melawat ke Amsterdam City Centre......cuaca punyalah panas....destinasi pertama adalah tempat landmark Anne Frank's Museum, Muzium Van Gorh dan Hard Rock Cafe yang terletak betul-betul ditengah-tengah bandar...kami tak masukpun cuma bergambar untuk mengabadikan kenangan.....tapi yang menariknya nak citer kat sini adalah toiletnya yang amat unik sekali......tak pernah tengok sebelumnya nih.....toilet tuh boleh nampak org kat dalam tengah buat apa.....ada yang tak sanggup masuk kat dalam rupanya....tapi bila kita kunci pintunya serta merta org luar dah tak nampak kita dah!!!Canggihkan.... Fakta yang tidak menarik untuk diceriterakan mengenai Amsterdam adalah mengenai betapa liberalnya tempat nih...di "red light street" everything illegal elsewhere is legal here.....so just imagine the life there!!
Selepas tuh kami berhenti untuk menikmati lunch.....di kedai kepunyaan Moroccon ....kami makan lamp kebab,chips dan air mango ....siap dapat 10% discount lagik dan selebihnya bersiar-siar disekitar bandar sebelum menaiki canal cruise yang mengelilingi hampir keseluruhan bandar Amsterdam......memang amat cantik pemandangannya dan suasananya sungguh nyaman sekali!! Tapi yang amat nyata sepanjang cruise nih memanglah terbukti bahawa sungguh banyak terdapat bridge kat sini dan ianya adalah negeri ketiga didunia yang mempunyai banyak bridge.....
Kami berehat selepas menikmati makan malam yang berlaukkan ayam goreng dengan sayur kobis.....
|
|
|
|
|
|
| Monday, 25-Aug-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Volendam
|
|
Selepas melawat tempat cheese,clog dan windmill kami meneruskan perjalanan ke bahagian utara Holland iaitu bandar Volendam yang merupakan sebuah fishing village dan yang amat terkenal dikalangan pelancung dengan "old fishing boat"
dan "traditional Dutch costume" so sesapa yang nak bergambar siap berpakaian Dutch maka di sinilah tempatnya yang mana kami sekeluarga mengambil keputusan untuk tidak melakukannya.....cuma bergambar depan kedainyapun jadiklah
biarlah kami mengabadikan kenangan dengan menikmati suasana yang amat nyaman di sini dan merasakan keenakan seafood yang amat segar sekali!!! Di sini juga amat banyak terdapat barang-barang Holland untuk souvinier dan antara yang amat terkenal adalah chooko clocknya
Kami juga dibawa melawat ke kedai berlian dan siap diberikan demontrasi bagaimana proses pemotongan berlian dibuat.....selesai demontrasi maka tuan kedaipun mempamerkan berlian-berlian yang bergemerlapan untuk tontonan dan jualan....akakpun berjumpa jugak yang berkenan dihati dan terus menyarungkannya dijari manisku.....tapi alahai mak oooi reganya £1600.00 tuh ....itupun selepas discount......lupakan ajelah niatku itu dan Mr Hubby kat sebelahpun tak berniat untuk mempelawa akak!!!Faham!!
|
|
|
|
|
|
| Monday, 25-Aug-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Holland (Cheese & Clog) 27 July 2008
|
|
Neatherland and Holland adalah sepertimana UK and England. Apa yang keistimewaan Neatherland ekk? Kat sini banyak terdapat lembu-lembu frisien dan org-orgnya jugak dikenali sebagai org-org frisien yang jugak rata-ratanya suka menggunakan basikal untuk ke mana-kemana dan tak hairanlah terdapat banyak parking yang diperuntukan semata-mata untuk basikal sahaja di sini. Di sini jugak terdapat banyak bunga-bunga tulip tapi memandangkan trip kami nih adalah semasa summer so tak merasalah kami menikmati keindahan ini ......Landmark di sini juga adalah terdapat banyak windmill yang masih lagik beroperasi kerana rata-rata pertanian adalah merupakan aktiviti utama di negeri ini.
Dah negeri pertanian maka hasil daripada susu-susu lembu frisien tadi telah menjadikan perusahaan cheese amat terkenal di sini dimana petani-petani dahulu dan jugak kini masih lagik menggunakan terompah untuk ke ladang bagi memudahkan urusan kerja-kerja seharian mereka......akak berfikir jap....mudah ke pakai terompah gi ladang.....rasa macam berat gedabak jek!! tapi yang pasti terompah yang ada di tempat lawatan kami ada dalam beraneka bentuk dan corak yang amat cantik sekali!!
Di tempat yang sama juga (Irene Hoeve) kami telah ditunjukkan demontrasi membuat cheese dan jugak terompah oleh mamat dan minah Belanda nih.......
|
|
|
|
|
|
| Monday, 25-Aug-2008 11:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Campsite Uitdam, Amsterdam
|
|
Hujan mengiringi kami di sepanjang perjalanan ke campsite di Amsterdam dan bila sampai makin menjadi-jadi pulak lebatnya dan kami menunggu hampir-hampir sejam jugak sebelum bus double decker yang membawa kami dapat berlabuh dengan selamatnya.Bayangkanlah keadaan ketika itu.....pukul 10 malam dengan hujan yang lebat, bagi yang tidak menginap di cabin masa tulah baru nak belajar pasang tent dan terus cuba untuk mendirikannya di dalam suasana yang penuh dengan kegelapan sambil bersulamkan hujan lebat yang amat mencemburui!!!.Bagi KC pulak terpaksa bergegas untuk menyediakan makan malam dalam kekusutan-kekusutan ini!!
Bagi kami sekeluarga pulak walaupun memilih untuk menginap di cabin tapi cabarannya
adalah lokasi cabin yang agak jauh dari tempat tent KC dan rakan-rakan yang lain....maka terpaksalah kami menapak dalam hujan sambil memapah beg-beg yang berlambak tuh!!! Tapi terasa sejuk hati bila memasuki cabin yang amat selesa sekali
.....hilang jugak sedikit kepenatanku bila melihat dapur yang lengkap siap dengan peralatan sekali......akak terus aje masak apa yang patut sebab memang betul jangkaanku ......dinner yang KC sediakan hanya siap tersedia pada jam 1 pagi!!!
The next day barulah dapat menghayati pemandangan yang cantik di campsite nih.....campsite terletak di bawah aras laut maksudnya paras laut lagik tinggi dari campsite nih.....kat Holland aje yang ada macam nih.....so kerja diorang asyik menambak ajelah laut-laut yang ada kat sana.......macam betullah kata pepatah.....Belanda memang tak da tanah......"macam Belanda dapat tanah"
|
|
|
|
|
|
| Monday, 25-Aug-2008 10:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Calais - Belgium
|
|
Dari Calais perjalanan diteruskan lagi untuk menuju ke Holland tapi sebelum sampai di Holland kita sempat singgah dulu di negeri Belgium.....trip nih memang tak ada sessi lawatan ke Belgium sebenarnya so terasalah jugak ruginya tapi mujurlah dapat menjejakkan jugak kaki ini di bumi Belgium......tak apa.....akanku usahakan juga untuk melawat ke sini semula di lain masa dan ketika....insyallah!!
Negeri Belguim memang terkenal dengan keenakan coklatnya......so kami hanya singgah semata-mata untuk menikmati keenakan tersebut......so apa lagik soping coklatlah pulak
.....Memang sedap sungguh coklat-coklat yang ada kat sini dan ianya terdapat dalam berbagai-bagai bentuk dan dicampur dengan pelbagai perasa dan kekacang......so memang puaslah merasanya!!
Lepas soping dan bergambar kami meneruskan perjalanan semula untuk ke Holland
dan berhenti berehat pada jam 7.15 malam iaitu pada tempat rehat betul-betul selepas memasuki Holland......pada ketika ini memang perut dan berbunyi-bunyi kelaparan sepecially Along so we decided to have a quick Japanese seafood noodles since we know that the journey will take at least for another 2 hours to reach its destination.Adui lengoh satu badan dibuatnya!!!
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 19-Aug-2008 11:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Nottingham - London - Dover - Calais (15-16 August 2008)
|
|
Dah lama betul kami merancang nak pergi Europe trip nih ikut Kelana Convoy (KC) tapi terhalang oleh kepentingan kerja-kerja hubby so kali nih alhamdulillah berlepas jugak akhirnya kami sekeluarga..... walaupun niat asalnya nak pergi 3 keluarga dari Notts tapi atas sebab dan alasan kami yang tersendiri maka akhirnya kami sama-sama pergi dalam trip yang berlainan .....
Persedian dibuat last minute aje .....bukan apa everything dah termasuk dalam itenery....so tak payahlah akak bersusah payah untuk menyediakan bekalan makanan sepertimana yang selalunya.... cuma perit sikit nak mengatur hal-ehwal pakaian untuk kami berlima beranak bagi trip yang memakan masa selama 15 hari.....akhirnya akak ambil keputusan bawak aje sebanyak mana baju yang dapat dimuatkan dalam beg-beg asalkan nanti tak pening-pening kepala bila berjalan.....tapi bila siap pening kepala pulak bila tengok beg-beg yang berlambak tuh.....dahlah kena naik train ke London sehari sebelum berlepas dan pulak tuh train kena cancel ...tak pernah-pernah dibuat .....last minute kena joint train yang lain ....akhirnya hubby kena berdiri sepanjang journey ke London....haru betul!! dah sampai London pulak mulanya macam larat je nak naik tube tapi akhirnya kecundang jugak dek kerna beg-beg yang berlambak tuh.....naik ajelah cab bang oii senang citer!!
Di London kami menginap di Travelodge Liverpool Street......cuaca punyalah panas so anak-anak decide tak ikut kitaorg keluar gi jenjalan......bukan gi jalan manapun....ronda kawasan sekeliling untuk carik makanan for our dinner.....jenuh gak mencarik kebab halal tak jumpa pulak.....so we end up gi beli kat Indian restaurant.....fish masala n steam basmathi rice.....berdesing jugaklah pedasnya....
Seawal jam 7.00 pagi keesokan harinya kamipun berangkat ke Marble Arch dengan menaiki teksi........sepanjang perjalanan sempat dihiburkan oleh pemandu teksi David dengan lagu-lagu evergreennya....bila sampai kat Marble Arch terima ajelah......huh £28 jugaklah melayang.....perjalanan dari London ke Dover mengambil masa selama lebih kurang 2jam dan bila sampai di sana terus je ke tempat pemeriksaan imegresen.....bonjour and mercipun keluarlah dari mulut-mulut manis kami nih.....lepas tuh kamipun bergambar setakat mana yang sempat sementara menunggu feri tiba.......
then bila feri Seafrance sampai kitapun bertolak ke France border untuk perjalanan yang memakan masa 1jam setengah.....Ferinya sama gak macam feri yang kami naiki semasa gi Ireland dulu......so dah biasalah !!!
|
|
|
|